Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Letupan gas di China ragut sekurang-kurangnya 12 nyawa

Satu letupan gas di kawasan kejiranan di tengah China meragut nyawa 12 mangsa dan mencederakan 138 orang yang lain, awal pagi tadi (13 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Letupan gas di China ragut sekurang-kurangnya 12 nyawa

Petikan daripada rakaman video yang menunjukkan tapak letupan paip gas di bandar Shiyan, di Hubei, China, pada 13 Jun 2021. (Gambar: CCTV menerusi Reuters)

Diterbitkan : 13 Jun 2021 04:55PM Dikemas Kini : 13 Jun 2021 04:57PM

BEIJING: Satu letupan gas di kawasan kejiranan di tengah China meragut nyawa 12 mangsa dan mencederakan 138 orang yang lain, awal pagi tadi (13 Jun).

Lagi 150 penduduk terpaksa dipindahkan menyusuli letupan itu, yang tercetus di sebuah bangunan pasar di bandar Shiyan, ketika para pengunjung sedang bersarapan dan berbelanja di pasar.

Letupan, yang turut mengakibatkan 37 orang dalam keadaan kritikal itu, menyebabkan bangunan pasar berkenaan runtuh.

Jalan raya di sekitar tapak kejadian dipenuhi dengan serpihan. Hospital-hospital di Shiyan merayu kepada para penduduk agar menderma darah untuk para mangsa yang memerlukan rawatan kecemasan.

Usaha menyelamat masih diteruskan, menurut kenyataan daripada biro pengurusan bencana di bandar Shiyan, meskipun tidak jelas berapa ramai mangsa yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan itu.

Kemalangan perindustian adalah perkara biasa di China akibat piawaian keselamatan yang lemah dan rasuah dalam kalangan pegawai yang ditugaskan untuk menguatkuasannya.  

Sumber : Agensi berita/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan