Letupan di Kedutaan Amerika di Norway mungkin satu perbuatan keganasan: Polis Oslo
Anggaran Waktu Membaca:
OSLO: Polis Oslo berkata pada Ahad (8 Mac) letupan yang berlaku di kedutaan Amerika di Norway pada malam semalam, yang tidak menyebabkan sebarang kecederaan tetapi sekadar kerosakan bahan kecil mungkin satu tindakan keganasan.
Sungguhpun begitu, mereka menegaskan bahawa polis juga sedang menyiasat motif lain.
Polis tidak mendedahkan butiran mengenai punca letupan itu yang berlaku pada kira-kira pukul 1.00 pagi di pintu masuk bahagian konsular kedutaan, sebaliknya hanya menyatakan sebuah 'alat letupan' digunakan.
Serpihan kaca dapat dilihat bertaburan pada salji di luar pintu masuk bangunan, serta kesan retakan pada pintu kaca, lampu siling yang tergantung serta tanda berwarna hitam pada lantai di depan pintu, berkemungkinan daripada letupan itu.
"Salah satu hipotesis adalah ia satu tindakan keganasan," kata Frode Larsen, ketua unit gabungan polis bagi siasatan dan perisikan kepada penyiar awam NRK dalam satu temu bual.
"Tetapi kami tidak terikat sepenuhnya pada kemungkinan itu. Kami harus terbuka kepada kemungkinan bahawa mungkin terdapat punca lain bagi kejadian yang berlaku," katanya ketika berucap di luar sidang media.
Polis sedang memburu pendalang kejadian itui tetapi masih "belum ada suspek", kata Encik Larsen dalam satu sidang media.
Kedutaan Amerika Syarikat berada di tahap berjaga-jaga tinggi di Timur Tengah berhubung operasi tentera Amerika Syarikat di Iran, dan beberapa bangunannya berdepan serangan sedang Tehran bertindak balas terhadap sasaran perindustrian dan diplomatik.
Para penyiasat di Oslo tidak menolak kemungkinan ada kaitan antara kejadian itu dengan perang di Timur Tengah.
Jurucakap Martin Bernsen menegaskan bahawa "tiada perubahan" pada tahap penilaian ancaman di negara Scandinavia itu, yang berada pada skala tiga pada skala lima mata sejak November 2024.
Beliau enggan mendedahkan sama ada sebarang ancaman dibuat terhadap kepentingan Amerika di Norway sebelum letupan itu.
"KEUTAMAAN TINGGI"
Pasukan penyiasat memeriksa tempat kejadian sepanjang malam, sementara anjing, dron, dan helikopter dikerahkan untuk mencari pelaku, kata polis Oslo dalam satu kenyataan.
Kawalan keselamatan biasanya tinggi di luar kedutaan Amerika di seluruh dunia.
Tidak diketahui dengan segera apakah kawalan keselamatan yang ada di kedutaan Oslo pada masa kejadian.
Beberapa jam selepas letupan itu, polis mengisytiharkan kawasan sekitar bangunan itu "selamat" untuk penduduk dan orang ramai.
Polis turut menggesa orang ramai supaya melaporkan sebarang maklumat atau pemerhatian luar biasa yang berlaku di kawasan itu antara waktu tengah malam dan pukul 2.00 pagi waktu tempatan.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.