Skip to main content

Dunia

Letupan di gudang bunga api ragut 24 nyawa

24 orang mati dan 49 lagi cedera apabila dua letupan berlaku di gudang-gudang bunga api di kawasan bandar Tultepec di Mexico.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Jul 2018 06:06PM Dikemas Kini : 06 Jul 2018 09:39PM

TULTEPEC: 24 orang mati dan 49 lagi cedera apabila dua letupan berlaku di gudang-gudang bunga api di kawasan bandar Tultepec di Mexico.

Mereka yang maut termasuk beberapa anggota penyelamat yang sedang menjalankan tugas menyelamatkan mangsa-mangsa.

Letupan pertama berlaku sekitar 2.30 petang (waktu tempatan). Kebakaran merebak kepada gudang-gudang lain ketika para pegawai polis dan anggota bomba mula menjalankan operasi menyelamat menyusuli letupan pertama.

Tultepec terletak 32 kilometer ke utara ibu kota Mexico City. Kawasan bandar itu memang terkenal dalam penghasilan bunga api. Industri tersebut menjadi sumber mata pencarian utama banyak keluarga di Tultepec.

Namun, kejadian letupan sudah beberapa kali berlaku di pasar-pasar, bengkel dan depot bunga api di kawasan itu. 

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita