Letupan bom dalam bas di Afghanistan bunuh 7 orang; cederakan 9 yang lain

Anggota Taliban berkawal di luar sebuah masjid di Kandahar, Afghanistan pada 15 Okt 2021 susuli satu serangan. (Gambar: JAVED TANVEER/AFP)
KABUL: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh akibat letupan bom di dalam sebuah bas di bandar barat Afghanistan, Herat pada Sabtu (22 Jan).
"Empat wanita antara tujuh yang meninggal dunia," kata ketua hospital wilayah Herat, Arif Jalali.
Bom tersebut dipasang pada tangki minyak bas dan mencederakan sembilan orang.
Letupan itu disahkan oleh pejabat risikan Herat. Namun, sejauh ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Herat merupakan bandar terbesar ketiga di Afghanistan, dekat dengan sempadan Iran, namun kekal tenteram sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.