Skip to main content

Dunia

Letupan besar di Yaman korbankan 13, termasuk kanak-kanak

Satu letupan besar di sebuah gudang di Sanaa, ibu kota Yaman yang dikuasai pemberontak pada Ahad (7 Apr) membunuh sekurang-kurangnya 13 orang termasuk tujuh kanak-kanak. Menurut para pegawai perubatan setempat, lebih 100 turut tercedera.

Anggaran Waktu Membaca:
Letupan besar di Yaman korbankan 13, termasuk kanak-kanak

Seorang mangsa korban letupan gudang di Sanaa, Yaman pada 7 Apr (Gambar: AP)

Diterbitkan : 08 Apr 2019 09:52AM Dikemas Kini : 08 Apr 2019 09:53AM

SANAA: Satu letupan besar di sebuah gudang di Sanaa, ibu kota Yaman yang dikuasai pemberontak pada Ahad (7 Apr) membunuh sekurang-kurangnya 13 orang termasuk tujuh kanak-kanak. Menurut para pegawai perubatan setempat, lebih 100 turut tercedera.

Para pemberontak Houthi yang disokong Iran, yang menakluki ibu kota Yaman pada 2014, mendakwa perikatan tentera yang dipimpin Arab Saudi menyasarkan gudang itu dalam satu serangan udara.

Perikatan tersebut bagaimanapun menolak dakwaan melakukan sebarang serangan udara di kawasan itu.

Agensi berita pemerintah di Aden yang berpihak kepada pemerintah yang diiktiraf antarabangsa, melaporkan bahawa pihak pemberontak menyimpan senjata di gedung itu.

Para pegawai kesihatan berkata lebih 110 orang cedera dalam letupan itu yang juga turut merosakkan sekolah-sekolah berdekatan.

Para pegawai tersebut tidak ingin nama mereka didedahkan kerana mereka tidak diberi kebenaran untuk bercakap kepada pihak media.

Perikatan tersebut berperang dengan Houthi sejak 2014 dalam satu konflik yang mengorbankan ribuan orang dan meletakkan negara Arab paling miskin itu di ambang kebuluran.

Sumber : AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita