Lesen platform media sosial di Malaysia mula berkuat kuasa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Michael M. Santiago/Getty Images/AFP)
KUALA LUMPUR: Tahun 2025 menandakan satu lagi lembaran baharu dalam usaha kerajaan Malaysia menjadikan platform media sosial di negara itu lebih selamat, apabila Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (CASP) bagi penyedia platform media sosial secara rasmi berkuat kuasa pada Rabu (1 Jan).
Langkah pelesenan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) itu dirangka dengan tujuan untuk meningkatkan keselamatan online, melindungi pengguna dan memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan Internet serta media sosial.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) pada 27 Julai 2024, mengumumkan bahawa semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon lesen berkenaan.
Menurut MCMC, kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil di bawah Akta 588.
Sehingga Selasa (31 Dis), Telegram dan Tencent (WeChat) antara penyedia perkhidmatan yang sudah mengemukakan permohonan pelesenan untuk beroperasi di negara tersebut.
Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil sebelum ini berkata pelesenan kepada platform media sosial adalah penting bagi mengatasi pelbagai permasalahan dalam Internet antaranya isu buli siber and pengantunan kanak-kanak.
Beliau berkata sejajar dengan pelaksanaan pelesenan platform media sosial itu, Kementerian Komunikasi akan memantau dan mengambil langkah tambahan sekiranya terdapat penyedia platform yang gagal melaksanakan larangan had umur penggunaan ditetapkan.
Pada 9 Dis lepas, Dewan Rakyat meluluskan pindaan kepada Akta 588 yang antara lain meminda Seksyen 211(c) dengan menggantikan perkataan 'seseorang' dengan perkataan 'pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan' selain menggantikan perkataan 'lima puluh ribu' dengan perkataan 'satu juta'.
Menerusi pindaan itu, seksyen itu tidak lagi terpakai kepada orang awam sebaliknya penggunaannya adalah kepada pemegang lesen CASP dengan denda dalam seksyen tersebut diselaraskan mengikut perkembangan semasa.
Tahun lepas, negara dikejutkan dengan beberapa insiden di platform media sosial termasuk kematian tragis seorang pempengaruh di aplikasi TikTok yang didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber.
Selain itu pada 23 Dis, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC melaksanakan operasi bersepadu ‘OP PEDO’ bagi kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) yang membawa kepada penahanan 13 lelaki tempatan termasuk seorang warga emas berusia 74 tahun, selain turut merampas hampir 40,000 bahan CSAM dan pornografi dewasa.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.