Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lembaga pilihan raya Turki tolak kiraan semula undian

Lembaga Tertinggi Pilihan Raya Turki menolak permohonan parti pemerintah Parti AK (AKP) untuk kiraan semula semua undi di 31 daerah di Istanbul, kata seorang anggota lembaga tersebut pada Selasa (9 Apr), dalam satu tamparan kepada parti itu yang mendesak semua undi di bandar itu dikira semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Lembaga pilihan raya Turki tolak kiraan semula undian

Presiden Turki, Tayyip Erdogan. (Gambar: Kayhan Ozer/Reuters)

Diterbitkan : 09 Apr 2019 01:24PM Dikemas Kini : 09 Apr 2019 01:37PM

ISTANBUL: Lembaga Tertinggi Pilihan Raya Turki menolak permohonan parti pemerintah Parti AK (AKP) untuk kiraan semula semua undi di 31 daerah di Istanbul, kata seorang anggota lembaga tersebut pada Selasa (9 Apr), dalam satu tamparan kepada parti itu yang mendesak semua undi di bandar itu dikira semula.

Presiden Tayyip Erdogan, yang juga pemimpin AKP berkata pada Isnin bahawa pilihan raya tempatan dicemari oleh "jenayah terancang" di kotak-kotak undi di Istanbul, meningkatkan kemungkinan proses pengundian 31 Mac diadakan semula di bandar yang menyaksikan pembangkang utama memperoleh majoriti tipis.

Komen-komen Encik Erdogan, cabaran terkuat kepada proses pilihan raya di bandar terbesar Turki itu memberi kesan kepada nilai mata wang lira dalam pasaran saham Turki.

Wakil lembaga pilihan raya AKP, Recep Ozel memberitahu para wartawan selepas satu mesyuarat lembaga bahawa lembaga tersebut hanya bersetuju untuk mengira semula 51 kotak undi yang terletak di 21 daripada 39 daerah bandar raya itu. Setiap kotak undi secara purata mengandungi ratusan undi.

Parti AK yang dipimpin Encik Erdogan sudahpun kehilangan jawatan datuk bandar di ibu kota Ankara kepada pembangkang utama Parti Rakyat Republikan (CHP) dan membuat permohonan kiraan semula di beberapa peringkat undian yang menunjukkan kemenangan tipis berpihak kepada CHP.

Parti Islamis AKP digegarkan kemungkinan kalah di kedua-dua bandar itu, yang ditadbir parti itu selama suku abad. Encik Erdogan sendiri mula dikenali sebagai datuk bandar Istanbul pada tahun-tahun 1990an sebelum menjadi pemimpin negara.

Encik Erdogan berkata kelemahan proses undian yang dikesan partinya bermakna perbezaan undi bagi dua calon utama Istanbul terlalu tipis untuk pihak pembangkang mengisytiharkan kemenangan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan