Lelongan baju panas kambing biri-biri Puteri Diana cecah hampir £1 juta

Baju panas milik Puteri Diana. (Gambar: AP)
LONDON: Baju panas Puteri Diana dijual pada harga £920,000 (S$1.5 juta) dalam satu acara lelongan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Baju merah yang dipakai Diana pada perlawanan polo pada Jun 1981 dan ketika itu baru bertunang, dijual pada harga AS$1.14 juta (S$1.3 juta) oleh Sotheby's di New York, sekali gus mengatasi anggaran AS$50,000 (S$68,000) hingga AS$80,000 (S$108,900).
Baju itu yang memaparkan seekor kambing biri-biri hitam di antara barisan biri-biri putih, ditemukan oleh pereka Joanna Osborne di loteng pada Mac.
(Gambar: Getty Images)
Pelelong tidak mendedahkan identiti pembida yang menang.
Sotheby's menyifatkan baju panas itu mempunyai "motif biri-biri hitam dan putih yang aneh" dan merupakan satu daripada rekaan pertama Sally Muir dan Joanna Osborne dari Warm and Wonderful knitwear yang ditubuhkan pada tahun 1979.
Nota katalog The Sotheby's menyatakan: "Dipakai oleh Diana Spencer pada tahun 1981 semasa perlawanan polo Putera Charles".
"Padanan foto baju panas yang hilang itu dan yang ditemukan di loteng mengesahkan ia sebagai baju panas yang dipakai oleh Puteri Diana lebih 40 tahun lepas."
Pembidaan dalam talian dibuka pada 31 Ogos, ulang tahun ke-26 pemergian Diana dalam nahas kereta di Paris.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.