Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki yang ulang-alik ke S'pura untuk bekerja mati akibat sakit jantung di Johor

Setiap hari, ramai warga Malaysia yang menyeberang tambak untuk bekerja di Singapura perlu bangun sangat awal untuk mengelak kesesakan yang sering berlaku di Koswe. Sering kali ramai yang mengadu keletihan akibat kesesakan yang memanjang.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki yang ulang-alik ke S'pura untuk bekerja mati akibat sakit jantung di Johor

Gambar hiasan. (Gambar: AFP PHOTO / ROSLAN RAHMAN)

Diterbitkan : 26 Feb 2019 12:51AM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 01:20AM

JOHOR BAHRU: Setiap hari, ramai warga Malaysia yang menyeberang tambak untuk bekerja di Singapura perlu bangun sangat awal untuk mengelak kesesakan yang sering berlaku di Koswe. Sering kali ramai yang mengadu keletihan akibat kesesakan yang memanjang.

Pada hujung minggu lalu (23 Feb), seorang lelaki berusia 31 tahun yang bekerja di Singapura tiba-tiba rebah di hadapan rumah sewanya di Skudai, Johor Bahru. Insiden berlaku pada sekitar 11.00 pagi. Lelaki itu kemudian dikejarkan ke hospital dan disahkan mati.

Menurut China Press, lelaki itu berasal dari Perak dan beliau bekerja sebagai seorang teknisyen di Singapura selama sembilan tahun. Beliau juga dilaporkan membawa pulang gaji sekitar S$1,000 (RM3,000) sebulan. Setiap hari, beliau berulang-alik antara Johor Bahru dengan Singapura menaiki bas.

Semasa diwawancara media tempatan, bapanya, 71 tahun, berkata bahawa beliau terakhir kali bertemu dengan anaknya pada Tahun Baru Cina apabila beliau pulang pada hari keempat perayaan itu.

"Anak saya ulang-alik antara Singapura dan Malaysia setiap hari. Semalam (23 Feb), dia sedang bersiap-siap untuk keluar kerana hujung minggu. Tetapi dia tiba-tiba rebah sebaik sahaja keluar dari rumah," kata bapanya kepada China Press.

Beliau menambah, anaknya itu pernah memberitahunya bahawa beliau penat berulang-alik antara Singapura dengan Johor untuk bekerja. Beliau lantas menasihatinya supaya mencari pekerjaan lain di Malaysia.

Menurut China Press lagi, pihak polis dimaklumkan oleh hospital di Johor Bahru pada 11.30 pagi tentang kematian itu. Tiada unsur jenayah disyaki dalam kes tersebut dan punca kematiannya berkaitan dengan masalah jantung.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan