Skip to main content

Dunia

Lelaki yang cabul budak di tapak pesta direman 7 hari

Seorang lelaki yang dirakam mencabul seorang budak perempuan di sebuah tapak pesta direman selama tujuh hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki yang cabul budak di tapak pesta direman 7 hari

Petikan gambar video yang menunjukkan suspek bersama budak perempuan di sebuah 'fun fair' Sungai Petani.

Diterbitkan : 23 Jan 2018 04:47PM Dikemas Kini : 23 Jan 2018 04:51PM

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang dirakam mencabul seorang budak perempuan di sebuah tapak pesta direman selama tujuh hari.

Dalam petikan laporan mStar, suspek disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 berhubung sebuah video yang tular dan menunjukkan dia mencabul seorang kanak-kanak.

Melalui video yang dimuat naik ke laman Facebook Durian Media, kanak-kanak itu dilihat duduk di atas paha suspek sementara suspek mencium pipi mangsa berulang kali.

Suspek, menurut mStar, turut memasukkan tangan ke dalam pakaian merah mangsa sewaktu muzik kuat dimainkan di pesta tersebut.

Wajah kanak-kanak itu tidak ditutup dalam video tersebut.

Suspek yang ditahan pada pukul 3.10 petang Isnin tiba di mahkamah pada pagi Selasa dengan wajah dan mata yang lebam.

Bahagian kanan kepalanya turut menunjukkan sudah dicukur dan terdapat enam kesan jahitan, seperti ditukil mStar.

Sumber polis yang enggan dikenali berkata, suspek dibawa ke balai polis Kuala Muda pada tengah hari Isnin dan kelihatan seperti sudah dibelasah dengan teruk.

Bagaimanapun, pihak polis belum mengenal pasti individu yang memukul suspek.

Sumber : Bernama/IM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita