Lelaki warga AS terima jantung babi meninggal dunia

Gambar: Agensi berita/AP
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Amerika Syarikat yang menerima jantung babi diubah suai secara genetik kerana menghidap penyakit jantung, meninggal dunia pada Selasa (9 Mac).
Memetik laporan Reuters, David Bennet, 57 tahun, menjalani pemindahan jantung tersebut kira-kira dua bulan lalu, iaitu pada 7 Januari.
Dia meninggal dunia di Pusat Perubatan University of Maryland (UMMC), lapor Astro AWANI.
Menurut pihak hospital, kesihatannya mulai merosot sejak beberapa hari lalu dan tanda-tanda jelas menunjukkan bahawa Bennet tidak akan pulih.
Bagaimanapun, Bennett sempat berhubung dengan keluarganya pada detik-detik akhir sebelum kematiannya.
Tambah Astro AWANI lagi, prosedur pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.
Pembedahan tersebut yang dijalankan oleh pasukan perubatan di Universiti Perubatan Maryland adalah yang pertama kali dilakukan menggunakan kaedah pemindahan jantung babi kepada manusia.
Ia sekali gus merekodkan kejayaan pertama dalam bidang tersebut yang memungkinan pembedahan pemindahan organ kaedah baru, lapor Astro AWANI.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.