Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki warga SG koma selepas kereta terhumban ke dalam gaung di Kota Tinggi

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga Singapura koma selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dipandunya jatuh gaung sebelum masuk ke dalam hulu Sungai Sedili di Jalan Kota Tinggi - Mersing, Felcra Sungai Ara pada Jumaat (15 Mac)

Insiden tersebut mengakibatkan mangsa, Christopher Lim Teck Whye, 49 tahun, tersepit di tempat duduk pemandu dalam keadaan MPV tenggelam separuh dalam sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu seorang diri terbabas sendiri ketika kejadian pada jam 4.24 petang.

"Mangsa ketika ini koma dan keluarganya sedang menguruskan untuk membawanya pulang ke Singapura.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Wahid berkata, lapan anggota dengan sebuah jentera 'Fire Rescue Tender' (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke tempat kejadian.

"Mangsa tersepit di bahagian pemandu dan pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa serta memberi rawatan awal kepadanya.

"Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan selanjutnya. Operasi selesai pada jam 5.42 petang," ujar beliau, lapor Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan