Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki warga SG dipenjara, denda RM80,000 seludup burung kakak tua ke Johor

Anggaran Waktu Membaca:
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Singapura dipenjara tujuh hari selepas didapati bersalah menyeludup 11 burung kakak tua ke Johor baru-baru ini.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, lelaki itu ditangkap dengan kerjasama Jabatan Kastam pada 31 Mei lalu di laluan pemeriksaan masuk Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru.

Katanya, pemeriksaan pada kenderaan suspek menemui 11 burung kakak tua yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara itu, lapor agensi berita Free Malaysia Today.

Burung kakak tua itu terdiri daripada empat spesies Ara SPP, tiga jenis Blue & Gold Macaw (Ara ararauna), seekor Yellow-headed Amazon (Amazona oratrix) dan tiga Scarlet Macaw (Ara Macao).

“Hasil pemeriksaan mendapati individu itu tidak mempunyai permit yang sah untuk menyimpan hidupan liar tersebut,” katanya dalam kenyataan dipetik Free Malaysia Today.

Katanya, lelaki itu didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 7 Jun lalu dan dijatuhi hukuman penjara tujuh hari.

“Tertuduh juga didenda RM80,000 (S$23,072) selepas mengaku bersalah," katanya.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan