Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki warga Saudi ditahan disyaki bunuh Jamal Khashoggi

Seorang lelaki warga Arab Saudi, yang disyaki terlibat dengan pembunuhan penulis ruangan Washington Post, Jamal Khashoggi, ditahan di Perancis.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki warga Saudi ditahan disyaki bunuh Jamal Khashoggi

Wartawan Jamal Khashoggi dipercayai dibunuh dalam bangunan konsulat Arab Saudi di Turki. (Gambar fail: Osman Orsal/Reuters)

PERANCIS: Seorang lelaki warga Arab Saudi, yang disyaki terlibat dengan pembunuhan penulis ruangan Washington Post, Jamal Khashoggi, ditahan di Perancis.

Suspek, Khaled Aedh Alotaibi ditahan di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Paris.

Dia merupakan salah seorang daripada 26 suspek warga Arab Saudi yang dikehendaki oleh Turki berkaitan kes berkenaan.

Alotaibi, bekas pengawal diraja dilaporkan diletakkan dalam tahanan khas.

Bagaimanapun, Riyadh dalam satu kenyataan memaklumkan penahanan itu adalah satu kesilapan identiti dan semua suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan berkenaan sudah disabit kesalahan di Arab Saudi.

Khashoggi, pengkritik lantang Riyadh, dibunuh di dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober 2018.

Arab Saudi sebelum ini mendedahkan Khashoggi dibunuh dalam satu operasi rahsia.

Namun Turki mendakwa operasi berkenaan dilaksanakan atas arahan kerajaan dan ia dikaitkan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Putera Mohammed Salman.

Lapan suspek yang tidak dinamakan sebelum ini disabit kesalahan membunuh Khashoggi.

Lima daripadanya dijatuhi hukuman mati namun ia kemudian dipinda kepada hukuman penjara selama 20 tahun.

Lagi tiga suspek pula dihukum penjara antara tujuh hingga 10 tahun atas kesalahan menyembunyikan pembunuhan itu.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan