Lelaki warga India dilapor hilang ditemui lemas di Pulau Mawar
Seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang ketika berenang di Pulau Mawar bersama rakan-rakannya ditemui lemas pada petang Isnin (7 Apr).
Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan bagi mencari seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas di Pulau Mawar, Mersing, pada 7 April 2025. (Gambar: JBPM Johor)
This audio is generated by an AI tool.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata Narayanan Ravi, 45 tahun, ditemui pada jarak 300 meter dari lokasi di mana dia dipercayai lemas pada pukul 4.50 petang.
"Mangsa ditemui oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang kemudiannya bertindak menggunakan seunit tali bagi menarik mangsa ke darat," katanya dalam kenyataan pada Isnin malam.
Awal dari itu, media melaporkan seorang lelaki warga Singapura Yogaraj Veeran, 37, ditemukan lemas dan dibawa ke pesisir pantai oleh orang awam, sementara seorang lelaki tempatan K Anpananthan, 39, berjaya menyelamatkan diri.
Encik Mohd Alias berkata pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 2.37 petang sebelum sebuah jentera 'Light Fire Rescue Tender' dan sebuah Toyota Hilux dengan kekuatan tujuh anggota digegaskan ke lokasi kejadian.
"Mayat kedua-dua mangsa yang datang dari Johor Bahru telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," tambahnya.
Menurut Encik Mohd Alias, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 6.21 petang.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.