Skip to main content

Dunia

Lelaki warga Bangladesh ditahan, dipercayai liwat kanak-kanak 11 tahun

Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan dipercayai meliwat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di sebuah stor berhampiran Medan Selera Jaya di Petaling Jaya, hari ini (23 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki warga Bangladesh ditahan, dipercayai liwat kanak-kanak 11 tahun

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 23 Nov 2018 11:49AM Dikemas Kini : 23 Nov 2018 11:53AM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan dipercayai meliwat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di sebuah stor berhampiran Medan Selera Jaya di Petaling Jaya, hari ini (23 Nov).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pekerja kontrak berusia 36 tahun itu ditahan sejurus laporan polis dibuat oleh bapa mangsa pada kira-kira jam 2.00 pagi tadi.

"Mangsa memaklumkan kepada bapanya bahawa suspek meliwatnya pada kira-kira jam 8.30 malam ketika dia berada di stor berkenaan untuk mengambil telefon bimbitnya yang sedang dicas.

"Suspek turut mengurung mangsa di dalam stor itu. Sebelum ini suspek pernah cuba meliwat mangsa serta menawarkan wang berjumlah RM150 (S$49) sebagai habuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini (23 Nov).

Beliau berkata suspek akan direman hari ini (23 Nov) untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita