Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ugut tetak ibu didenda RM6,000

Gara-gara mengugut mahu menetak ibunya dengan sabit kerana berang diberi ayam goreng yang masih mentah, seorang lelaki didenda sebanyak RM6,000 (S$2,000) oleh Mahkamah Majistret, hari ini (21 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ugut tetak ibu didenda RM6,000

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 21 Apr 2019 08:19PM Dikemas Kini : 21 Apr 2019 08:20PM

KOTA BHARU: Gara-gara mengugut mahu menetak ibunya dengan sabit kerana berang diberi ayam goreng yang masih mentah, seorang lelaki didenda sebanyak RM6,000 (S$2,000) oleh Mahkamah Majistret, hari ini (21 Apr).

Tertuduh Mohd Helmi Mohamed, 33 tahun, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama 12 bulan jika gagal membayar denda tersebut. Difahamkan tertuduh tidak membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Helmi didakwa mengugut mahu menetak ibunya, Cik Asiah Yusoff, 59 tahun, dengan sabit di sebuah rumah di Kampung Cherang pada jam 5.00 petang, 14 April 2019.

Dia didakwa mengikut Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman kerana sudah insaf dengan kesalahannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Gayathri Sambath memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan