Skip to main content

Dunia

Lelaki ugut Biden maut ditembak dalam serbuan FBI

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ugut Biden maut ditembak dalam serbuan FBI

Gambar: AP

Diterbitkan : 10 Aug 2023 03:07PM
NEW YORK: Ejen FBI menembak mati seorang lelaki yang sedang disiasat kerana melakukan ugutan terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Identiti lelaki itu masih belum dikenal pasti.

Ejen FBI itu juga cuba untuk memasuki rumah lelaki itu yang terletak di Provo, Utah, menurut laporan KSL.

Menurut sumber, siasatan kes lelaki itu bermula pada bulan April dan Perkhidmatan Rahsia telah dimaklumkan pada bulan Jun.

Penyiasat mendapati terdapat ancaman kecederaan fizikal.

"Insiden itu bermula apabila ejen khas cuba menyerahkan waran tangkap dan geledah di sebuah kediaman," kata jurucakap FBI kepada KSL.

Beliau berkata suspek sudah meninggal dunia dan FBI memandang serius semua insiden tembakan yang melibatkan ejen atau anggota pasukan petugas.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita