Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki tua dipukul hingga mati kerana guna tandas awam terlalu lama

Gara-gara menggunakan tandas awam terlalu lama, seorang lelaki warga tua dipukul sehingga mati dalam satu insiden yang berlaku di Wadala, sebuah kawasan miskin di Mumbai.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tua dipukul hingga mati kerana guna tandas awam terlalu lama

Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)

Diterbitkan : 24 Sep 2018 02:48PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 02:51PM

MUMBAI: Gara-gara menggunakan tandas awam terlalu lama, seorang lelaki warga tua dipukul sehingga mati dalam satu insiden yang berlaku di Wadala, sebuah kawasan miskin di Mumbai.

Menurut laporan Mumbai Mirror, mangsa yang dikenali sebagai Fulchand Yadav, 59 tahun, dipukul oleh seorang lelaki yang gagal mengawal emosinya selepas menunggu terlalu lama untuk menggunakan tandas tersebut.

Para saksi berkata tertuduh Shakir Ali Shaikh, 34 tahun, memarahi mangsa sehingga mencetuskan pertengkaran, namun ia dileraikan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Shaikh kemudian menyerang Yadav dengan memukulnya berkali-kali ketika mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Mumbai Mirror menukil polis sebagai berkata: "Tertuduh gagal mengawal emosi dan mengekori mangsa sebelum bertindak memukulnya berulang kali.

"Orang ramai yang melihat kejadian itu membantu mangsa dan menghantarnya ke hospital.

"Namun mangsa meninggal dunia sebelum menerima sebarang rawatan."

Penduduk di bahagian lain bandar itu juga pernah terkorban atau kehilangan tubuh badan disebabkan kekurangan kemudahan awam, lapor Mumbai Mirror.

Mirror pernah melaporkan pada 2016 tentang seorang bekas penduduk Mahatma Gandhi Nagar di Bukit Antop yang kehilangan kedua-dua kakinya akibat dilanggar kereta api ketika beliau sedang membuang air kecil dekat stesen King's Circle.

Sebelum ini, ramai penduduk di daerah itu yang tidak mempunyai kemudahan tandas mencukupi perlu berjalan sejam untuk sampai ke stesen kereta api atau kawasan kejiranan berdekatan untuk melegakan diri. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan