Skip to main content

Dunia

Lelaki tidak mengaku salah lakukan ugutan jenayah terhadap ibu

Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya, minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tidak mengaku salah lakukan ugutan jenayah terhadap ibu

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Nov 2020 03:31PM Dikemas Kini : 19 Nov 2020 03:33PM

KUALA KANGSAR: Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya, minggu lalu.

Tertuduh Fadzir Mohd Zamhari, 48, yang masih bujang, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan hakim Rohaida Ishak.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Fadzir didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan sebilah parang ke perut ibunya yang berumur 52 tahun dan mengugut hendak membunuh wanita itu, dengan niat hendak menakutkan mangsa di sebuah rumah di Kampung Sungai Akar di sini kira-kira pukul 6.00 pagi, 17 Nov lalu.

Pendakwaan ke atasnya dibuat mengikut Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Siti Hanida Abdul Kadir, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Norizawani Ahmad Jalaludin.

Terdahulu, Cik Siti Hanida menawarkan jaminan RM5,000 (S$1,640), sebelum Cik Norizawani memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM3,000 (S$984), namun mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh tinggal bersama ibunya dan menetapkan 4 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita