Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki Thai didakwa bunuh pelancong Switzerland di Phuket

Polis Thailand pada Ahad (8 Ogos) menyatakan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun didakwa atas tuduhan membunuh seorang wanita warga Switzerland yang dijumpai mati awal minggu ini di pulau peranginan Phuket. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Thai didakwa bunuh pelancong Switzerland di Phuket

Seorang wanita warga Switzerland dijumpai mati awal minggu ini di pulau peranginan Phuket. (Gambar fail: AP Photo)

Diterbitkan : 08 Aug 2021 05:37PM Dikemas Kini : 08 Aug 2021 05:39PM

BANGKOK: Polis Thailand pada Ahad (8 Ogos) menyatakan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun didakwa atas tuduhan membunuh seorang wanita warga Switzerland yang dijumpai mati awal minggu ini di pulau peranginan Phuket.

"Polis sudahpun mendakwa pesalah itu atas tuduhan membunuh dan merompak sehingga menyebabkan kematian," kata timbalan jurucakap polis, Krisana Pattanacharoen, di satu sidang media di Phuket.

"Punca kematian belum dapat disahkan dan hasil bedah siasat belum lagi dikeluarkan," ujarnya.

Mangsa, Nicole Sauvain-Weisskopf, pelancong warga Switzerland berusia 57 tahun, melancong ke Thailand di bawah kempen pelancongan 'Phuket Sandbox' yang membenarkan para pelawat lengkap divaksin untuk mengunjungi pulau itu tanpa perlu menjalani kuarantin asalkan mereka duduk di sana selama dua minggu.

Suspek memukul pelancong itu sehingga beliau tidak sedarkan diri dan merompaknya. Lelaki itu ternampak wanita berkenaan di sebatang air terjun ketika dia sedang mencari buah-buahan, kata timbalan ketua polis wilayah, Nanthadet Yoinuan.

"Dia menjumpai 300 baht (S$12) dalam beg wanita itu dan menggunakannya untuk membeli dadah, air dan membaiki telefon," ujarnya.

Selepas dia ditahan dan disoal siasat, suspek mengaku dia menyerang mangsa, kata Nanthadet.

Polis juga mengambil satu langkah luar biasa dengan membawa masuk suspek ke sidang media berkenaan untuk membuat kenyataan.

Keselamatan para pelawat adalah isu sensitif bagi Thailand kerana pariwisata adalah industri utama negara itu.

Industri pelancongan membentuk 12 peratus GDP Thailand pada 2019 meskipun ia dilanda teruk oleh pandemik COVID-19. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan