Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki tertua Saudi meninggal pada usia 147 tahun; pernah jalan 600 km untuk umrah

Lelaki tertua Arab Saudi, Sheikh Ali Al-Alakmi meninggal dunia pada usia 147 tahun, hujung minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tertua Saudi meninggal pada usia 147 tahun; pernah jalan 600 km untuk umrah

Sheikh al-Alakmi pernah hidup dalam zaman pemerintahan Ali bin Mohammed bin Aa'id, Abdullah bin Mohammed bin Aa'ad dan Hasan bin Aa'ad.

Diterbitkan : 13 Jan 2018 11:57PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 11:59PM

ARAB SAUDI: Lelaki tertua Arab Saudi, Sheikh Ali Al-Alakmi meninggal dunia pada usia 147 tahun, hujung minggu lalu.

Beliau meninggal dunia akibat serangan angin ahmar yang menyebabkan darah pada otaknya tersumbat.

Daya ketahanannya sungguh menakjubkan. Sheikh al-Alakmi pernah hidup dalam zaman pemerintahan Ali bin Mohammed bin Aa'id, Abdullah bin Mohammed bin Aa'ad dan Hasan bin Aa'ad.

Beliau juga berusia 38 tahun semasa Raja Abdulaziz bin Saud mengisytiharkan wilayah Asir sebagai sebahagian daripada wilayah Arab Saudi.

RAHSIA HIDUP HINGGA 147 TAHUN

Apakah rahsianya sehingga Allahyarham Sheikh al-Alakmi dapat menikmati usia yang amat panjang itu?

Menurut salah seorang anggota keluarganya, Yahya al-Alekami, Allahyarham selalu makan daripada hasil ladangnya sendiri.

Selain bijian organik, gandum, jagung, barli dan madu yang boleh didapati di ladangnya, beliau juga hanya makan daging ternakannya dan menolak makanan yang ditawarkan di majlis-majlis keramaian yang dihadirinya lapor laman Al-Arabiya. Beliau juga enggan menyentuh makanan-makanan yang diproses.

Dalam pada itu, Allahyarham Sheikh al-Alakmi tidak pernah mengabaikan Al-Quran, menurut laporan itu lagi.

BERJALAN LEBIH 600 KM KE MAKKAH

Allahyarham juga dilaporkan tidak suka menaiki kereta. Lantaran sikapnya itu, beliau pernah berjalan lebih 600 kilometer dari rumahnya untuk menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Allahyarham Sheikh al-Alakmi yang meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan sempat berkata begini sebelum meninggal dunia akibat angin ahmar:

"Kehidupan lebih indah pada masa lalu. Hari ini, kehidupan dan manusia sudah banyak berubah. Tiada orang daripada generasi saya yang masih hidup, lantas saya rasa kesunyian." 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan