Lelaki tertua di dunia meninggal dunia pada usia 112 tahun di England
Lelaki tertua di dunia, John Tinniswood, meninggal dunia pada usia 112 tahun, di rumah jagaan di Southport, barat laut England, menurut Guinness World Records pada Selasa (26 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Lelaki tertua di dunia, John Tinniswood, meninggal dunia pada usia 112 tahun, di rumah jagaan di Southport, barat laut England, menurut Guinness World Records pada Selasa (26 Nov).
Warga Britain itu dilahirkan di Liverpool 26 Ogos 1912 iaitu pada tahun yang sama kapal Titanic karam dan telah melalui dua perang dunia dan dua pandemik global.
Mendiang diiktiraf menjadi lelaki tertua di dunia pada April lalu selepas kematian Juan Vicente Perez dari Venezuela yang berusia 114 tahun.
Tinniswood meninggal dunia pada Isnin dikelilingi "muzik dan kasih sayang", kata keluarga mendiang kepada Guinness World Records dalam satu kenyataan.
"John mempunyai banyak sifat yang baik. Beliau seorang yang bijak, tegas, berani, tenang ketika berdepan sebarang krisis, hebat dalam matematik dan seorang yang petah bercakap," kata keluarganya.
Tinniswood meninggalkan seorang anak perempuan, empat cucu dan tiga cicit.
Beliau berkhidmat dalam Royal Army Pay Corps semasa Perang Dunia Kedua dan kemudian bekerja di bahagian akaun syarikat minyak Shell dan BP sebelum bersara pada usia 60 tahun.
Isterinya meninggal dunia pada tahun 1986.
Pada usia 100 hingga 110 tahun, beliau menerima kad ucapan hari lahir setiap tahun dari mendiang Ratu Elizabeth, yang 14 tahun lebih muda daripadanya.
Ratu Elizabeth meninggal dunia pada 2022.
Selain menggemari hidangan 'fish and chips' setiap Jumaat, Tinniswood tidak mempunyai sebarang diet pemakanan istimewa.
Menurut Guinness World Records, beliau kekal aktif dari segi mental, mengikuti perkembangan dunia dan menguruskan kewangan sendiri, yang mungkin membantunya hidup lama.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.