Skip to main content

Dunia

Lelaki temui bayi baru lahir di R&R

Seorang lelaki tergamam ketika mendengar tangisan bayi dari sebuah tandas wanita di sebuah Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) menghala ke Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki temui bayi baru lahir di R&R

Hentian Lanchang, laluan Temerloh menghala ke Kuala Lumpur. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 10 Oct 2018 07:57AM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 08:02AM

KUANTAN: Seorang lelaki tergamam ketika mendengar tangisan bayi dari sebuah tandas wanita di sebuah Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) menghala ke Kuala Lumpur.

Suara itu kemudian terhenti pada kira-kira 4.30 pagi dalam insiden yang berlaku semalam (9 Okt).

“Bagaimanapun, setelah menggunakan tandas dan menunggu agak lama, lelaki itu akhirnya memberanikan diri untuk melihat ke dalam tandas tersebut.

“Saksi terkejut melihat seorang bayi, dipercayai baru dilahirkan, dalam keadaan bogel serta bertali pusat dan bernajis,” kata Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood.

“Bayi berkenaan ditemukan pada jam lebih kurang 5.00 pagi, ditinggalkan di atas simen tandas dalam keadaan bernajis.

“Hasil siasatan mendapati tiada kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan dan tiada kesan darah; dipercayai dilahirkan di tempat lain sebelum dibuang di situ,” tambah beliau.

Siasatan juga mendapati tiada sebarang bukti ditinggalkan mahupun rakaman kamera litar tertutup yang boleh membantu siasatan, kata beliau.

ACP Zundin berkata bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk mendapatkan rawatan. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita