Skip to main content

Dunia

Lelaki tembak mati bapa disangka babi hutan

Seorang lelaki menembak mati bapanya pada Ahad (22 Sep) ketika ekspedisi memburu di selatan Itali selepas tersilap menyangka mangsa adalah babi hutan, lapor media.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki tembak mati bapa disangka babi hutan

(Gambar hiasan: Pixabay/andreas N)

Diterbitkan : 23 Sep 2019 11:22AM Dikemas Kini : 23 Sep 2019 11:33AM

ROME: Seorang lelaki menembak mati bapanya pada Ahad (22 Sep) ketika ekspedisi memburu di selatan Itali selepas tersilap menyangka mangsa adalah babi hutan, lapor media.

Martino Guadioso, 55, ditembak di perut oleh anak lelakinya berusia 34 tahun ketika mereka mengintip haiwan buruan secara berasingan dalam hutan tebal di Sicignano degli Alburni, berhampiran Salerno, di kawasan taman negara yang dihadkan kepada pemburu.

Menteri Alam Sekitar Itali menggesa larangan memburu seluruh negara Oktober lalu menyusuli kes tembak mati remaja 18 tahun selepas mangsa disalah sangka sebagai babi hutan.

Dua bulan lalu, seorang pemburu berusia 67 tahun ditemui mati dalam hutan selepas tertembak kepalanya sendiri.

Aktivis haiwan, Cik Michela Vittoria Brambilla, semalam menyelar tindakan mengubah hutan dan pedalaman Itali menjadi "wilayah tanpa undang-undang", dan menggesa supaya pembunuhan tanpa niat dilakukan pemburu, dihukum lebih berat.

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita