Lelaki S'pura mengaku tidak bersalah di mahkamah UK atas tuduhan bunuh isteri
Seorang lelaki rakyat Singapura mengaku tidak bersalah di mahkamah UK pada Selasa (11 Jan) atas tuduhan membunuh isterinya, yang ditemui mati di sebuah hotel di Newcastle.

(Gambar: Google Street View)
NEWCASTLE, England: Seorang lelaki rakyat Singapura mengaku tidak bersalah di mahkamah UK pada Selasa (11 Jan) atas tuduhan membunuh isterinya, yang ditemui mati di sebuah hotel di Newcastle.
Soong Hert Fong, 50 tahun, mengemukakan rayuannya di hadapan Hakim Paul Sloan QC di Mahkamah Newcastle Crown.
Polis dikerahkan ke County Aparthotel di Westgate Road, Newcastle tidak lama sebelum pukul 7.15 pagi pada 6 Disember tahun lalu menyusuli laporan keprihatinan terhadap seorang wanita.
Para pekerja kecemasan berusaha menyelamatkan nyawa Pek Ying Ling, 51 tahun, namun beliau sudah tidak bernafas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Siasatan dijalankan dan para pegawai memberkas suaminya Fong, yang juga berasal dari Singapura dan sedang mengadakan lawatan ke Newcastle.
Satu perbicaraan mahkamah dijadual bermula pada 6 Jun dan persidangan praperbicaraan akan berlangsung pada 28 Februari.
Fong, yang hadir di mahkamah menerusi persidangan video ke penjara, akan terus ditahan. Dia ditahan reman sejak diberkas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.