Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki S'pura hilang di hutan simpanan Kota Tinggi ditemui selamat, cedera ringan

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki S'pura hilang di hutan simpanan Kota Tinggi ditemui selamat, cedera ringan

lelaki warganegara Singapura, Jason Ren Jie, dilaporkan hilang ketika mendaki Hutan Simpan Panti Timur, Kota Tinggi, pada 17 September 2022. (Gambar: Polis Daerah Kota Tinggi/Facebook)

JOHOR BAHRU: Lelaki warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika mendaki bersama rakannya di Hutan Simpan Panti Timur, Kota Tinggi pada Sabtu (17 Sep) ditemui selamat pada petang Ahad (18 Sep). 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata Jason Ren Jie berusia 30-an tahun ditemui selamat oleh orang awam setelah berjaya keluar sendiri dari hutan tersebut kira-kira pukul 2.20 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan telefon dari orang awam pada pukul 2.22 petang memaklumkan telah menemui seorang lelaki di Kilometer 52, Jalan Kota Tinggi – Mersing berhampiran Kubu Jepun (Batu 15). 

"Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan respons telah digerakkan ke lokasi penemuan dan mangsa dalam keadaan selamat dengan hanya mengalami luka-luka kecil. Dia dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad (18 Sep). 

Operasi mencari dan memyelamat mangsa yang masuk hari kedua di Hutan Simpan Panti Timur, Kota Tinggi dimulakan pukul 10.00 pagi Ahad (18 Sep), melibatkan para pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perhutanan Wilayah Johor Selatan (Kota Tinggi) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kota Tinggi.

Sementara itu, Encik Hussin berkata mangsa dan rakannya akan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk tindakan lanjut memandangkan mereka tidak mendapatkan kebenaran dan membuat permohonan permit untuk memasuki Kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Beliau menasihatkan orang ramai yang berhasrat untuk melakukan aktiviti pendakian terutama di kawasan Hutan Simpan agar mendapatkan permit kebenaran terlebih dahulu dari Pejabat Perhutanan Daerah Kota Tinggi, mendapatkan khidmat malim gunung dan memaklumkan pergerakan masuk serta keluar kepada Balai Polis yang terdekat bagi mengelak kejadian sebegini berulang lagi.

Dalam kejadian pada Sabtu (17 Sep), lelaki berkenaan dilaporkan hilang kira-kira pukul 1.00 tengah hari selepas mendaki bersama rakan lelakinya yang juga merupakan warga tempatan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan