Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki Singapura didakwa rompak bank di Hong Kong guna pistol mainan

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Singapura didakwa rompak bank di Hong Kong guna pistol mainan

(Gambar: Tangkapan skrin video Hong Kong Police Force/Facebook)

Diterbitkan : 19 Apr 2022 08:10PM Dikemas Kini : 19 Apr 2022 08:10PM

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura berusia 73 tahun dikenakan tuduhan di Hong Kong pada Sabtu (16 Apr) kerana didakwa merompak sebuah bank di kawasan Mong Kok di Kowloon dan melarikan diri dengan wang tunai sebanyak HK$14,000 (S$2,400). 

Menurut polis Hong Kong, suspek menggunakan pistol mainan dalam rompakan yang berlaku di Nathan Road pada Khamis (14 Apr). 

Dia diberkas tujuh jam selepas kejadian tersebut, menurut polis dalam satu catatan Facebook. 

Agensi berita The Standard mengenal pasti bank tersebut sebagai cawangan Bank China Construction. 

Ia memetik Superintenden Unit Jenayah Kowloon Barat Alan Chun sebagai berkata bahawa lelaki itu menghulurkan nota kepada seorang pekerja wanita di bank itu yang mengatakan  dia sedang melakukan rompakan sebelum mengugutnya dengan pistol. 

Lelaki itu kemudian memberikan wanita itu beg berwarna hitam dan menyuruhnya memasukkan wang ke dalam, menurut laporan tersebut. 

Encik Chung menambah bahawa kakitangan bank tersebut cuba mengejar suspek setelah dia berjalan keluar, namun suspek melarikan diri ke seberang jalan dan menaiki bas. 

Encik Chung dilaporkan berkata bahawa polis mengepung jalan raya untuk mencari suspek itu di dalam bas dan stesen bas. 

Polis Hong Kong menyatakan mereka kemudian menemui sebilangan wang tunai dan baju yang dipakai suspek di rumahnya. 

Lelaki tersebut dipercayai tinggal di bandar tersebut melebihi tempoh yang dibenarkan selama kira-kira 10 tahun. Polis menyatakan lelaki itu dikaitkan dengan satu lagi rompakan di sebuah farmasi di Mong Kok pada Julai 2020. Pemetik api dipercayai digunakan semasa kejadian tersebut. 

Lelaki tersebut akan dihadapkan ke mahkamah pada 21 April. 

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa