Skip to main content

Dunia

Lelaki SG maut dalam nahas libatkan tiga kenderaan di lebuh raya Malaysia

Seorang lelaki warga Singapura maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 25.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada awal pagi Isnin (20 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki SG maut dalam nahas libatkan tiga kenderaan di lebuh raya Malaysia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Apr 2026 07:23PM Dikemas Kini : 20 Apr 2026 07:25PM
KULAI: Seorang lelaki warga Singapura maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 25.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada awal pagi Isnin (20 Apr).

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 3.00 pagi, masing-masing melibatkan motosikal jenis Yamaha, kereta Proton dan trak pikap jenama Ford.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata kereta Proton yang dipandu lelaki tempatan berusia 46 tahun di lorong kiri tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal berkenaan.

Beliau berkata pelanggaran itu menyebabkan motosikal terbabit memasuki lorong kanan sebelum dilanggar trak pikap dipandu lelaki warga Pakistan berusia 45 tahun.

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita