Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki SG ditemui mati 4 hari selepas kereta terjunam ke dalam cerun di Pulau Pinang

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki SG ditemui mati 4 hari selepas kereta terjunam ke dalam cerun di Pulau Pinang

Gambar: JBPM Pulau Pinang

Diterbitkan : 12 Mar 2024 10:53PM Dikemas Kini : 12 Mar 2024 10:54PM
GEORGE TOWN: Lelaki warga Singapura yang hilang sejak empat hari lepas ditemukan maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam cerun setinggi 45 meter di kawasan bukit Jalan Paya Terubong ke Relau.

Mangsa berusia 29 tahun itu ditemui pada Selasa (12 Mac) di luar kenderaannya kemungkinan terpelanting atau keluar sendiri dari kenderaan.

Dia dikenal pasti oleh New Straits Times sebagai Chew Wei Fung, dan dilaporkan hilang pada 9 Mac.

Penolong Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Muzzamer Mohd Salleh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.00 tengah hari dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan Paya Terubong digerak ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui dalam keadaan luka di keseluruhan badan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, seorang daripada ahli keluarga mangsa yang mahu dikenali sebagai Chew berkata, mangsa keluar dengan memandu sebuah kereta jenis Proton Persona milik teman wanitanya sebelum dilaporkan hilang pada 9 Mac lepas.

Katanya, kali terakhir mangsa menghubunginya adalah sekitar 1.00 pagi dan memaklumkan dalam perjalanan pulang ke rumah di Alor Vista, dekat Relau.
Sumber : Bernama/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan