Lelaki SG ditemui lemas, rakan hilang ketika berenang di Pulau Mawar
Seorang lelaki warga Singapura ditemui lemas manakala rakannya pula hilang ketika berenang di Pulau Mawar, pada Isnin (7 Apr).
Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan bagi mencari seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas di Pulau Mawar, Mersing, pada 7 April 2025. (Gambar: JBPM Johor)
This audio is generated by an AI tool.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 2.37 petang.
Menurut Encik Mohd Alias, sebuah 'Light Fire Rescue Tender' dan sebuah Toyota Hilux dengan kekuatan tujuh anggota digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan terbabit.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar terdapat tiga mangsa lemas ketika berenang di Pulau Mawar.
"Seorang lelaki Singapura ditemukan terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri di permukaan pantai dan dibawa ke pesisir pantai oleh orang awam, sementara seorang lelaki tempatan berjaya menyelamatkan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Encik Mohd Alias berkata pencarian seorang lagi mangsa yang merupakan lelaki warga India diteruskan dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan air di kawasan sekitar mangsa dilaporkan hilang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.