Lelaki AS saman 'tukang tilik' gagal tarik balik sumpahan bekas kekasih
Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) menuntut saman terhadap seorang psikik atau tukang tilik yang mendakwa dia kononnya boleh menghapuskan sumpahan ke atas nasib malang dalam perkahwinannya disebabkan perbuatan tukang sihir diupah bekas kekasihnya.
(Gambar hiasan: Anastasia Shuraeva/Pexels)
LOS ANGELES: Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) menuntut saman terhadap seorang psikik atau tukang tilik yang mendakwa dia kononnya boleh menghapuskan sumpahan ke atas nasib malang dalam perkahwinannya disebabkan perbuatan tukang sihir diupah bekas kekasihnya.
Mauro Restrepo mendakwa psikik tersebut telah berjanji kepadanya yang dia akan kembali bahagia jika membayar AS$5,100 (S$6,900) untuk mematahkan sumpahan sihir itu.
Namun, setelah membayar wang pendahuluan yang besar, lelaki penduduk Los Angeles itu tidak melihat sebarang perubahan pada nasibnya, menurut dokumen mahkamah.
Kini, dia menuntut saman AS$25,000 (S$33,900) daripada tukang tilik wanita itu atas dakwaan melakukan penipuan.
Restrepo berkata dia menghubungi Sophia Adams, yang menggelar dirinya sebagai "Psikik Pakar Percintaan," untuk membantu memperbaiki nasib hidupnya.
"Nasib malang ini, menurut (Adams), disebabkan perbuatan ahli sihir yang diupah oleh bekas temanitanya," menurut kertas saman yang difailkan di sebuah mahkamah Los Angeles.
Adams dikatakan memberitahu Restrepo bahawa nasib malang itu akan memporak perandakan kehidupan, rumah tangga serta anak-anaknya kecuali sumpahan itu ditarik balik.
Namun walaupun setelah menerima wang pendahuluan AS$1,000 (S$1,360), Adams "tidak sedikitpun membantu perkahwinan (Restrepo)".
Tuntutan itu menyatakan Restrepo mengalami penderitaan emosi kerana tidak dapat tidur malam dan rasa gelisah akibat sumpahan yang tidak ditarik balik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.