Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki S'pura ditahan dalam serbuan sarang judi di Johor

Lebih 3,800 individu ditahan dalam serbuan ke atas premis perjudian dalam talian di Johor bagi tempoh Januari 2018 hingga semalam (17 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki S'pura ditahan dalam serbuan sarang judi di Johor

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 18 Nov 2018 07:20PM Dikemas Kini : 18 Nov 2018 07:23PM

JOHOR BAHRU: Lebih 3,800 individu ditahan dalam serbuan ke atas premis perjudian dalam talian di Johor bagi tempoh Januari 2018 hingga semalam (17 Nov).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Kamaluddin Kassim berkata sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 9,031 mesin perjudian dirampas manakala keseluruhan wang tunai yang dirampas adalah RM332,657 (S$109,000).

SAC Kamaluddin berkata dalam serbuan terbaru yang dilakukan semalam (17 Nov), seramai 16 individu ditahan termasuk wanita warga Vietnam kerana terlibat dalam perjudian online dalam dua serbuan yang berasingan.

“Bertindak dari risikan, JSJ IPK Johor bersama Ketua Polis Balai Taman Pelangi IPD Johor Bahru Selatan, kami melakukan dua serbuan berasingan dan turut menahan 12 lelaki tempatan, seorang lelaki warga Singapura dan dua lelaki warga Bangladesh,” katanya.

“Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 18 dan 63 tahun dan ditahan di lokap IPD Johor Bahru Selatan untuk membantu siasatan,” tambah beliau.

Beliau menambah, polis turut merampas pelbagai peralatan perjudian online termasuk wang tunai.

Jika sabit kesalahan, hukuman denda sehingga RM100,000 (S$32,000) bagi setiap mesin judi dan penjara maksimum 5 tahun boleh dikenakan.

“Pemain judi pula boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 (S$1,600) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

SAC Kamaluddin berkata bagi tempoh Januari hingga November 2018, sebanyak 27,484 pemantauan dan pemeriksaan dijalankan ke atas premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian online. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan