Lelaki S'pura didakwa membunuh di UK, isteri ditemui mati di hotel Newcastle
Seorang lelaki Singapura pada Isnin (6 Dis) didakwa atas tuduhan membunuh isterinya di United Kingdom.
Apartmen mewah County Aparthotel di Newcastle. (Gambar: Google Street View)
LONDON: Seorang lelaki Singapura pada Isnin (6 Dis) didakwa atas tuduhan membunuh isterinya di United Kingdom.
Menurut media tempatan ITV, Soong Hert Fong, 50 tahun, diberkas selepas pegawai khidmat kecemasan menemui isterinya Pek Ying Ling, 51 tahun, dalam keadaan tidak bernafas di sebuah bangunan apartmen mewah, County Aparthotel di Newcastle.
Polis dikerahkan ke hotel tersebut pada sekitar 7.15 pagi (3.15 tengah hari Singapura) pada Isnin. Wanita itu disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Soong, yang sedang melawat Newcastle, diberkas pada pagi yang sama.
Dia ditahan reman selepas dihadapkan ke majistret Newcastle, dan dijadual dihadapkan di Mahkamah Newcastle Crown pada 7 Januari tahun depan, menurut satu laporan BBC.
Keluarga mangsa sedang dibantu pegawai khas, lapor BBC lagi yang menukil Polis Northumbria.
Mediacorp sudah menghubungi Polis Northumbria untuk maklumat lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.