Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki rogol anak tiri berkeperluan khas selama 4 tahun

Seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) dengan masalah pembelajaran menjadi mangsa cabul dan rogol ayah tirinya kira-kira empat tahun di rumah mereka di Kampung Batu 3, Jalan Tanjung Tualang di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki rogol anak tiri berkeperluan khas selama 4 tahun

Gambar fail seseorang yang digari.

Diterbitkan : 14 Sep 2019 09:03PM Dikemas Kini : 14 Sep 2019 09:05PM

BATU GAJAH: Seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) dengan masalah pembelajaran menjadi mangsa cabul dan rogol ayah tirinya kira-kira empat tahun di rumah mereka di Kampung Batu 3, Jalan Tanjung Tualang di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata berdasarkan siasatan, mangsa yang berumur 15 tahun memaklumkan suspek yang bekerja sebagai pemandu mula mencabulnya pada 2015 ketika dia berusia 12 tahun.

"Kemudian mangsa mula dirogol sejak berusia 13 tahun iaitu pada pertengahan tahun 2017 dan kejadian terakhir pada Disember 2018. Suspek mula menghentikan perbuatannya sejak mangsa berpindah ke rumah datuknya pada bulan Mei tahun 2019.

"Mangsa tinggal di rumah tersebut bersama suspek yang berkahwin dengan ibu kandungnya pada 2012 selepas kedua-duanya kematian pasangan masing-masing," menurutnya dalam satu kenyataan pada Sabtu (14 Sep).

Menurut ACP Ahmad Adnan, remaja perempuan itu yang takut dan trauma untuk berkomunikasi dengan lelaki mengadu mengenai tindakan ayah tirinya kepada guru sekolah yang kemudian membuat aduan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, pada Jumaat untuk rawatan lanjut.

"Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa oleh pakar pediatrik serta pakar perunding obstetrik dan sakit puan HRPB mendapati terdapat kesan lama akibat dirogol pada mangsa," katanya.

Susulan daripada itu, ACP Ahmad Adnan berkata pihak polis sudah menangkap suspek yang berumur 49 tahun di rumahnya pukul 5.00 petang semalam dan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan