Skip to main content

Dunia

Lelaki rentung, seorang lagi melecur 95% akibat kebakaran di Mount Austin

Seorang lelaki rentung manakala seorang lagi mangsa melecur 95 peratus dalam satu kebakaran di sebuah kilang memproses dan membuat makanan di Jalan Mutiara Emas, Taman Mount Austin, di Johor Bahru pagi tadi (24 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki rentung, seorang lagi melecur 95% akibat kebakaran di Mount Austin

Kebakaran di sebuah kilang memproses dan membuat makanan di Jalan Mutiara Emas, Taman Mount Austin, di Johor Bahru. (Gambar: Polis Johor/Twitter)

Diterbitkan : 24 Dec 2018 04:59PM Dikemas Kini : 24 Dec 2018 05:09PM

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki rentung manakala seorang lagi mangsa melecur 95 peratus dalam satu kebakaran di sebuah kilang memproses dan membuat makanan di Jalan Mutiara Emas, Taman Mount Austin, di Johor Bahru pagi tadi (24 Dis).

Ketua Cawangan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Penguasa Kanan Bomba II, Ahmad Murad Saat, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran di kilang makanan membuat dim sum itu pada pukul 10.23 pagi.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang rentung itu merupakan pemandu lori yang membawa muatan minyak diesel, yang ketika itu sedang dalam proses memindahkan bahan api ke dalam tangki di kilang berkenaan.

"Siasatan awal kebakaran berpunca daripada percikan api kerana terdapat kebocoran minyak semasa proses pindah minyak itu, namun kami masih lakukan siasatan dan kebakaran kilang ini hanya 30 peratus sahaja.

"Kami juga menghadapi masalah untuk padam kebakaran kerana pili bomba berhampiran kilang ini telah disimen, menyebabkan bomba terpaksa mengambil air dari pili bomba yang lain," katanya.

Encik Ahmad Murat bagaimanapun menolak sebarang unsur khianat dan jenayah yang menjadi punca kepada kebakaran di kilang berkenaan.

Beliau menambah lelaki berusia 54 tahun yang mengalami kelecuran ialah pemilik kilang berkenaan dan beliau sudah dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Superintenden Mohd Afzanizam Yahaya ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian kebakaran itu.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita