Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki rempuh 5 kenderaan selepas samun OKU

Seorang lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi merempuh beberapa kenderaan selepas dikejar sekumpulan penunggang motosikal kerana disyaki menyamun orang kelainan upaya (OKU) di Jalan Changkat, pada Jumaat (13 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki rempuh 5 kenderaan selepas samun OKU

Petikan gambar daripada video yang tular.

Diterbitkan : 14 Dec 2019 11:53AM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 11:58AM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi merempuh beberapa kenderaan selepas dikejar sekumpulan penunggang motosikal kerana disyaki menyamun orang kelainan upaya (OKU) di Jalan Changkat, pada Jumaat (13 Dis).

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang, suspek berusia 25 tahun yang juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan, merempuh lima kenderaan sepanjang Jalan Pudu untuk melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata berdasarkan keterangan saksi, lelaki terbabit dikatakan menolak lelaki OKU keluar daripada keretanya.

“Saksi yang melihat kejadian itu bertindak mengejar suspek serta meminta suspek memberhentikan kenderaan namun suspek terus melarikan diri dan melanggar beberapa kenderaan sebelum dia ditahan oleh orang awam di Jalan Brunei Utara pada 5.20 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini (14 Dis).

Beliau berkata tiada individu yang cedera dalam kejadian itu dan lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Dua rakaman video berdurasi 1 minit 29 saat dan 23 saat yang memaparkan suspek memandu Perodua Myvi merempuh beberapa kenderaan tular di laman sosial sejak semalam.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan