Skip to main content

Dunia

‘Lelaki Pokok’ masuk semula hospital; keadaan bertambah buruk

Seorang lelaki rakyat Bangladesh yang digelar sebagai ‘Lelaki Pokok’, kerana mempunyai ketumbuhan yang menyerupai akar pokok pada tubuhnya, masuk semula hospital baru-baru ini selepas keadaannya menjadi bertambah buruk.

Anggaran Waktu Membaca:
‘Lelaki Pokok’ masuk semula hospital; keadaan bertambah buruk

Abul Bajandar, digelar sebagai 'Lelaki Pokok', sudahpun menjalani 25 pembedahan sejak 2016. (Gambar: Munir Uz Zaman/AFP)

Diterbitkan : 22 Jan 2019 07:38PM Dikemas Kini : 22 Jan 2019 07:44PM

DHAKA: Seorang lelaki rakyat Bangladesh yang digelar sebagai ‘Lelaki Pokok’, kerana mempunyai ketumbuhan yang menyerupai akar pokok pada tubuhnya, masuk semula hospital baru-baru ini selepas keadaannya menjadi bertambah buruk. Beliau, yang juga seorang ayah, memberitahu demikian kepada agensi berita AFP.

Abul Bajandar sudahpun menjalani 25 pembedahan di Hospital Kolej Perubatan Dhaka sejak 2016 untuk membuang ketumbuhan pada bahagian tangan dan kakinya.

Related article image

Para doktor hampir mengisytiharkan rawatan mereka sebagai satu kejayaan sebelum keadaan Bajandar kembali memburuk, sekaligus menyebabkan beliau melarikan diri dari klinik berkenaan pada Mei lalu tanpa memaklumkan para kakitangan klinik tersebut.

Namun baru-baru ini, Bajandar dimasukkan semula ke hospital selepas keadaannya menjadi bertambah buruk dengan ketumbuhan itu kini meliputi hampir kesemua bahagian tangan dan kakinya, kata lelaki yang berusia 28 tahun itu.

“Saya membuat kesilapan dengan meninggalkan hospital itu. Saya cuba untuk mencari rawatan alternatif tetapi gagal. Kini saya menyedari bahawa saya tidak sepatutnya meninggalkan hospital dan meneruskan rawatan di sini.

Samanta Lal Sen, seorang pakar bedah plastik, berkata para doktor akan menyambung semula rawatan itu “tidak lama lagi” sambil menambah bahawa ketumbuhan itu sudahpun merebak ke bahagian tubuhnya yang lain.

“Saya meminta agar Bajandar kembali ke hospital secepat mungkin. Kini kami perlu bermula dari awal. Kami harus melakukan lebih banyak pembedahan,” kata Sen kepada AFP.

Related article image

(Gambar: Sam Jahan/AFP)

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina berjanji akan memberi rawatan percuma kepada Bajandar, selepas nasibnya mengundang simpati rakyat negara itu.

Bajandar menetap di sebuah bilik privet mewah di hospital itu bersama isteri dan anak perempuannya selama dua tahun semasa beliau menjalani pusingan pertama rawatan. 

Bapa kepada seorang cahaya mata itu mengalami ‘epidermodysplasia verruciformis’ iaitu sejenis masalah genetik yang amat jarang berlaku, yang juga dikenali sebagai ‘sindrom manusia pokok’.

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita