Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki peristerikan periuk nasi elektrik 'cerai' selepas 4 hari

Tindakan aneh seorang lelaki yang 'mengahwini periuk nasi elektrik' nampaknya tidak berakhir dengan baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki peristerikan periuk nasi elektrik 'cerai' selepas 4 hari

(Gambar: @lagidirumah/Twitter)

Diterbitkan : 06 Oct 2021 11:44AM Dikemas Kini : 06 Oct 2021 11:45AM

JAKARTA: Tindakan aneh seorang lelaki yang 'mengahwini periuk nasi elektrik' nampaknya tidak berakhir dengan baik.

Baru empat hari 'beristerikan' periuk nasi itu, pemuda Indonesia bernama Khoirul Anam memilih untuk 'menceraikannya'.

Suara.com melaporkan alasan yang diberikan untuk 'bercerai' adalah isterinya itu hanya boleh memasak nasi dan tidak tahu memasak makanan lain.

Sebelum ini, tular di laman media sosial gambar 'pernikahan' Khoirul Anam dan sebuah 'periuk nasi elektrik'.

Ia disifatkan warganet sebagai gurauan sarkastik terhadap lelaki yang gemar memilih wanita yang berkulit putih, pendiam dan pandai memasak untuk dijadikan isteri.

Dalam catatan yang dimuat naik ke Twitter @lagidirumah itu, Khoirul dilihat mengenakan pakaian serba putih sempena majlis tersebut. Malah, periuk nasi itu juga dipakaikan 'veil' atau selendang.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan