Skip to main content

Dunia

Lelaki pecahkan pintu masuk bank setelah kad bank ditelan ATM

Seorang lelaki bertindak memecahkan cermin pintu masuk sebuah bank di Jalan Lama Port Dickson, pagi Khamis (2 Mei) selepas berang apabila kad banknnya tidak dikembalikan oleh mesin juruwang automatik (ATM).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki pecahkan pintu masuk bank setelah kad bank ditelan ATM

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 03 May 2019 12:17PM Dikemas Kini : 03 May 2019 12:21PM

SEREMBAN: Seorang lelaki bertindak memecahkan cermin pintu masuk sebuah bank di Jalan Lama Port Dickson, pagi Khamis (2 Mei) selepas berang apabila kad banknnya tidak dikembalikan oleh mesin juruwang automatik (ATM).

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian jam 11.30 pagi, lelaki berusia 47 tahun itu bertindak membuat kacau dengan membaling dan memijak tong sampah sehingga kemek sebelum memecahkan pintu masuk bank.

“Pada awalnya kejadian itu berpunca kerana kad ATM suspek telah ditelan mesin ATM. Pihak bank kemudiannya menyerahkan semula kad ATM kepada suspek, tetapi suspek bagaimanapun mengganggu pelanggan lain yang berurusan dengan bank. 

“Sehubungan itu pihak Bank hadir ke balai membuat laporan polis. Kerugian yang dialami oleh pihak bank dianggarkan kira-kira RM2,000 (S$659),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Port Dickson menahan suspek di Jalan Lama Bandar Port Dickson pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek yang berasal dari Kampung Arab, Port Dickson mengaku memecahkan cermin pintu bank itu. Berdasarkan rekod suspek juga pernah ditangkap tahun lepas atas kesalahan pecah cermin sebuah kedai makanan segera,” kata Supt Aidi yang menambah, kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita