Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki Pakistan didakwa rancang serangan ke atas pusat Yahudi di New York City

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Pakistan didakwa rancang serangan ke atas pusat Yahudi di New York City

(Gamabr: AFP/SPENCER PLATT / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

WASHINGTON: Seorang warga Pakistan yang menetap di Kanada diberkas pada Rabu (4 Sep) dan didakwa sebab merancang serangan di New York City, sebagai sokongan kepada ISIS, dedah Jabatan Kehakiman Amerika pada Jumaat (6 Sep).

Muhammad Shahzeb Khan, 20 tahun, dituduh merancang serangan menembak besar-besaran di sebuah pusat Yahudi di Brooklyn, pada 7 Oktober 2024, setahun selepas serangan Hamas ke atas Israel.

Peguam Negara Amerika, Merrick Garland berkata, Khan, yang juga dikenali sebagai Shahzeb Jadoon, merancang untuk membunuh "seramai mungkin orang Yahudi."

Menurut dakwaan, Khan cuba untuk ke Amerika Syarikat dari Kanada, di mana dia akan menggunakan senjata automatik dan separa automatik dalam serangan tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Kanada pada Jumaat, mereka memberkas Khan pada Rabu di Ormstown, Quebec, selatan Montreal. Khan akan dihadapkan ke mahkamah di Montreal pada 13 September.

Khan memberitahu dua pegawai
risikan mengenai rancangannya untuk menubuhkan "kumpulan" penyokong ISIS untuk melancarkan serangan itu.

Dia mengarahkan mereka untuk memperolehi senapang AR, peluru dan bahan-bahan lain bagi serangan tersebut, dan mengenal pasti lokasi khusus untuk melancarkan serangan.

Khan memilih New York kerana ia mempunyai "penduduk Yahudi paling ramai di Amerika" kata pendakwa.

Khan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan