Skip to main content

Dunia

Lelaki pakai jaket letupan kuning serah diri di Perancis

Seorang lelaki yang memakai peranti letupan dan menuntut kumpulan penunjuk perasaan 'jaket kuning' diterima di istana presiden menyerah diri kepada polis di barat Perancis semalam (23 Nov), kata pegawai tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki pakai jaket letupan kuning serah diri di Perancis

Seorang lelaki mendedahkan peranti letupan di tempat mencuci kereta berhampiran sebuah pusat beli belah di bandar Angers. (Gambar: Jean Francois Monier/AFP)

Diterbitkan : 24 Nov 2018 12:22PM Dikemas Kini : 24 Nov 2018 12:26PM

ANGERS, Perancis: Seorang lelaki yang memakai peranti letupan dan menuntut kumpulan penunjuk perasaan 'jaket kuning' diterima di istana presiden menyerah diri kepada polis di barat Perancis semalam (23 Nov), kata pegawai tempatan.

Lelaki berusia 45 tahun, yang memakai jaket kuning sama seperti kumpulan penunjuk perasaan, mendedahkan peranti itu di sebuah tempat mencuci kereta berhampiran sebuah pusat beli belah di bandar Angers.

Dia menyerah diri pada kira-kira 10.40 malam waktu tempatan di tempat letak kereta pusat beli-belah berkenaan selepas beberapa jam berbincang dengan polis, menurut jabatan di Maine-et-Loire.

"Dia menuntut supaya penunjuk perasaan jaket kuning diterima di istana presiden, Elysee, kata pendakwa raya tempatan Yves Gambert kepada AFP.

Pegawai tempatan Bernard Gonzalez berkata: "Keadaan itu menimbulkan risiko dan bahaya sebenar kerana suspek memakai bahan letupan yang hidup di lehernya... Ini bukan rekaan."

"Ia amat berbahaya bagi semua 'jaket kuning' yang ada di tempat yang sama dengan suspek," kata beliau sambil menambah bahawa jelas sekali lelaki tersebut ada pengalaman menggunakan bahan letupan.

Peranti itu sedang diperiksa oleh pakar, menurut Encik Gonzalez.

Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner, dalam catatan di Twitter, menyebut lelaki itu mengancam untuk menggunakan 'bahan letupan tidak dikenali dan bom tangan'.

Kejadian itu berlaku di pusat beli-belah Espace Anjou, berhampiran kawasan perhimpunan penunjuk perasaan 'jaket kuning' di Angers.

Mereka berkumpul sejak seminggu lalu, diketuai pengundi luar bandar dan bandar kecil yang sudah bosan dengan kenaikan harga minyak dan dasar Presiden Emmanuel Macron.

Sumber : AFP/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita