Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki New York dituduh lakukan serangan pengganas ditahan tanpa ikat jamin

Seorang penduduk bandar New York yang dituduh merancang melakukan serangan pengganas di kawasan terkenal Times Square kini ditahan tanpa ikat jamin. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki New York dituduh lakukan serangan pengganas ditahan tanpa ikat jamin

(Gambar: Timothy A. Clary/ AFP).

Diterbitkan : 08 Jun 2019 04:55PM Dikemas Kini : 08 Jun 2019 04:57PM

NEW YORK: Seorang penduduk bandar New York yang dituduh merancang melakukan serangan pengganas di kawasan terkenal Times Square kini ditahan tanpa ikat jamin.

Ashiqul Alam mungkin dikenakan pertuduhan membeli senjata api secara haram bagi melakukan serangan itu.

Pihak pendakwa raya menyatakan lelaki berusia 22 tahun itu tidak dibenarkan ikat jamin kerana berisiko tinggi melarikan diri.

Ashiqul Alam berpindah ke Amerika Syarikat dari Bangladesh 12 tahun lalu dan merupakan penduduk tetap yang sah.

Pihak pendakwa menyatakan bahawa Ashiqul bercakap tentang kumpulan-kumpulan pengganas termasuk ISIS.

Dia berulang kali menyuarakan hasratnya untuk melakukan serangan pengganas di Times Square 

Sumber : CNA/UR
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan