Lelaki Muslim ini mempunyai nama yang amat unik iaitu Slamet Hari....
Setiap menjelangnya Krismas atau Hari Natal seperti yang dikenali di Indonesia, seorang lelaki dari Jawa Timur selalu menjadi perhatian ramai.

Lelaki di Indonesia ini mempunyai nama unik, Slamet Hari Natal. (Gambar: Kompass.com)
MALANG: Setiap menjelangnya Krismas atau Hari Natal seperti yang dikenali di Indonesia, seorang lelaki dari Jawa Timur selalu menjadi perhatian ramai.
Ini disebabkan lelaki itu yang bekerja sebagai seorang tukang sapu sampah, mempunyai nama yang sangat unik sekali.
Meski dipanggil dengan nama Slamet saja setiap hari, media tempatan melaporkan ramai yang tidak tahu nama penuh beliau.
Sebabnya - selepas mereka mengetahui nama sebenar Encik Slamet, ia pasti menjadi topik perbualan panjang lebar.
Slamet Hari Natal - itulah nama lelaki berusia 57 tahun itu.
Lebih menarik lagi, atas nama unik itu ada rakan-rakannya memanggil beliau Selamat Jesus atau 'natal' saja walaupun beliau beragama Islam.
"Saya dipanggil Selamat Jesus. Pada waktu sekolah menengah, saya dipanggil Natal pula dan bukan Slamet," katanya kepada portal Kompas.com.
Beliau dilahirkan pada 25 Disember 1962 di rumah seorang bidan beragama Kristian di Desa Kebonsari, Indonesia.
Menurut beliau, ibunya memberitahu bahawa nama Slamet Hari Natal diberikan oleh bidan berkenaan.
Selepas itu, orang tuanya sukar mencari nama yang sesuai dan hanya menukar 'Selamat' kepada 'Slamet' untuk mengikut loghat Jawa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.