Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki murah hati belanja orang ramai 1.2 tan durian sempena ulang tahun ke-27

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki murah hati belanja orang ramai 1.2 tan durian sempena ulang tahun ke-27

Encik Murtadhatumizi (kiri) melayan orang ramai yang hadir untuk menikmati durian serta pulut percuma sempena ulang tahun kelahirannya ke 27. Gambar: Agensi Berita

KOTA BHARU: Seorang pemuda belanja orang ramai 1.2 tan durian sempena ulang tahun kelahirannya ke-27 yang disambut pada Sabtu (31 Jul).

Murtadhatumizi Mustapha berkata, pemilihan raja buah itu bagi membolehkan orang ramai menikmati keenakan rasa disebabkan oleh harganya yang masih lagi tinggi ketika ini, lapor Sinar Harian.

"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, saya akui masih ramai tidak mampu untuk membeli durian.

"Jadi saya fikir inilah bentuk perkongsian yang mampu memberikan kegembiraan kepada orang ramai dengan menjamu durian," katanya kepada wartawan.

Menurutnya, beliau gembira apabila kira-kira 700 pengunjung hadir ke jamuan tersebut dapat menikmati hidangan raja buah itu, seperti dinukil daripada Sinar Harian.

Katanya, selain itu beliau turut menyediakan hidangan pulut durian dan aiskrim kepada orang ramai yang hadir ke jamuan berkenaan.

"Walaupun penat, namun semua itu hilang apabila melihat orang ramai dapat menikmati jamuan ini dengan begitu berselera," katanya.

Encik Murtadhatumizi yang juga 'tauke' kedai emas berkata, beliau menyasarkan untuk mengadakan jamuan ini dalam skala yang lebih besar pada masa hadapan.

Sementara itu, seorang pengunjung Azimah Ahmad, 39 tahun, berharap program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Katanya, ia memberi peluang dan ruang kepada golongan kurang berkemampuan untuk menikmati keenakan rasa durian yang dimakan bersama dengan pulut.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan