Skip to main content

Dunia

Lelaki M'sia nekad saman penganjur RM1 juta kerana hilang tempat duduk semasa konsert Blackpink

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki M'sia nekad saman penganjur RM1 juta kerana hilang tempat duduk semasa konsert Blackpink

Gambar: FMT/Twitter/Nas_rahmann

KUALA LUMPUR: Seorang peguam Malaysia menyaman penganjur konsert Blackpink Born Pink World Tour Live Nation Malaysia sehingga RM1 juta (S$297,921) kerana 'hilang' tempat duduknya di konsert itu.

Demikian lapor Says MY.

Nas Rahman berkongsi di laman Twitternya mengenai perkembangan tentang perkara tersebut yang menyebabkan beliau mengambil tindakan undang-undang selepas rundingan gagal antara beliau dan penganjur.

Pengalaman pahit di konsert Blackpink Malaysia pada 4 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula apabila Encik Nas terpaksa duduk di atas lantai, di sepanjang tangga untuk persembahan selama dua jam itu.

Beliau berkata satu daripada tempat duduknya untuk dua tiket yand dibeli, nombor 37, tidak wujud kerana kerusi di sana hanya sehingga nombor 36 di barisan 207, menurut Says MY.

Pada 6 Mac, Encik Nas mengeluarkan surat tuntutan terhadap Live Nation Malaysia dan mula berbincang dengan pihak penganjur untuk penyelesaian.

Menurut Encik Nas, kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kata sepakat sehingga membawa kepada samannya difailkan di Mahkamah Sesyen.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita