Skip to main content

Dunia

Lelaki menyamar polis, samun lelaki warga asing ditahan di Johor

Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai menyamar sebagai polis dan menyamun seorang lelaki warga asing di Kampung Tembioh, dekat Kota Tinggi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki menyamar polis, samun lelaki warga asing ditahan di Johor

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 24 Apr 2020 10:12AM Dikemas Kini : 24 Apr 2020 10:14AM

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai menyamar sebagai polis dan menyamun seorang lelaki warga asing di Kampung Tembioh, dekat Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata lelaki berumur 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.20 malam Pada Rabu di Jalan Kampung Kelantan, Kota Tinggi, kira-kira sejam selepas menyamun warga asing itu.

“Semasa pemeriksaan, lelaki yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu turut bertindak agresif dan membuat ugutan terhadap pegawai polis yang memeriksanya.

“Polis turut merampas sebuah motosikal dan dua telefon bimbit milik mangsa daripadanya,” kata Supt Ahsmon menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan lanjut mendapati lelaki itu memiliki 10 rekod jenayah dan berkaitan dadah manakala ujian saringan air kencing mendapati dia positif terhadap dadah jenis methamphetamine.

Lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga 29 April untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan serta Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, katanya. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita