Lelaki meninggal dunia ketika panjat pokok manggis
Seorang lelaki dalam lingkungan usia lewat 50-an tahun menemui ajal selepas dipercayai pengsan ketika memanjat pokok manggis di sebuah kampung.

(Gambar hiasan: BERNAMA)
BERUAS: Seorang lelaki dalam lingkungan usia lewat 50-an tahun menemui ajal selepas dipercayai pengsan ketika memanjat pokok manggis di sebuah kampung.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd Amir Hamid berkata pihaknya dimaklumkan tentang kejadian pada sekitar 12.00 tengah hari semalam (23 Dis).
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa diperiksa oleh pasukan perubatan di atas pokok itu sebelum disahkan meninggal dunia.
“Pihak bomba kemudian menurunkan mangsa menggunakan tali dengan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Encik Mohd Amir menambah, difahamkan mangsa bersama seorang lagi rakannya memetik buah manggis sejak jam 8.00 pagi sebelum rakannya beredar ke kebun durian berhampiran.
“Pokok manggis setinggi tiga meter itu terletak sebelah rumah rakan mangsa itu. Sebaik rakan mangsa balik dari kebun durian, dia terkejut melihat mangsa dalam keadaan pengsan di atas pokok dan terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya sambil menambah operasi tamat kira-kira pada jam 12.43 tengah hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.