Skip to main content

Dunia

Lelaki Melayu ini tunjuk bakat nyanyi lagu Mandarin dengan 'busker' di stesen MRT Bukit Bintang

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki Melayu ini tunjuk bakat nyanyi lagu Mandarin dengan 'busker' di stesen MRT Bukit Bintang

Gambar: winsonlovesmusic/Instagram

KUALA LUMPUR: Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pemuda Melayu yang menyanyikan lagu Cina bersama seorang penghibur jalanan atau 'busker', lapor SAYS.

Seorang 'busker' yang bermain piano bernama Winson telah memuat naik video itu ke Xiaohongshu pada hari Ahad lalu (20 Okt).

Di dalam video tersebut, beliau sempat merakam seorang pemuda bernama Afiqasy Raaf yang bertanya kepadanya sama ada dia boleh menyanyikan sebuah lagu bersamanya di stesen MRT Bukit Bintang.

Busker berkenaan membenarkan dan bertanya apakah lagu yang akan dinyanyikan.

Beliau memberitahu mahu menyanyikan lagu 'A Little Happiness' iaitu lagu dalam bahasa Mandarin popular oleh penyanyi Taiwan Hebe.
Bercakap kepada SAYS, Winson berkata interaksi menarik itu berlaku pada Jumaat lalu.

"Afiqasy tahu serba sedikit bahasa Mandarin kerana dia pernah mengikuti kelas.

"Dia bukan berasal dari sekolah Cina," katanya ketika dihubungi SAYS.

Winson turut berkongsi bahawa Afiqasy menggemari lagu-lagu Mandarin.

Ini sekali gus memberi inspirasi kepadanya untuk mempelajari dan menyanyi dalam bahasa tersebut.
Sumber : Agensi berita/IM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita