Skip to main content

Dunia

Lelaki maut setelah lif terhempas ke bawah tanah

Seorang lelaki maut apabila sebuah lif terhempas di bangunan dekat Manhattan, empat bulan selepas ia disahkan selamat untuk digunakan oleh pemeriksa yang sebelum itu sudah mengesan kerosakan pada ciri keselamatan infrastruktur berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut setelah lif terhempas ke bawah tanah

Gambar fail. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 24 Aug 2019 01:11PM Dikemas Kini : 24 Aug 2019 01:13PM

NEW YORK: Seorang lelaki maut apabila sebuah lif terhempas di bangunan dekat Manhattan, empat bulan selepas ia disahkan selamat untuk digunakan oleh pemeriksa yang sebelum itu sudah mengesan kerosakan pada ciri keselamatan infrastruktur berkenaan.

Menurut CNN, Jabatan Polis New York (NYPD) mengesahkan bahawa Samuel Charles Waisbren - 30 tahun - sedang melangkah keluar dari lif tersebut apabila ia tiba-tiba menjunam dari aras pertama ke tingkat bawah tanah bangunan pangsapuri Manhattan Promenade di Third Avenue pada sekitar 8.15 pagi (waktu tempatan) Khamis (22 Ogos).

Timbalan Ketua Jabatan Bomba New York (FDNY) Anthony Arpaia berkata Waisbren sedang melangkah keluar di aras lobi apabila lif berkenaan terus menjunam ke bahagian bawah tanah lantas menyebabkan mangsa tersepit di dinding.

Arpaia menambah, sewaktu kejadian, lif berkenaan turut membawa enam pengguna lain termasuk seorang individu yang sempat melangkah keluar sebelum ia terhempas.

Beliau mendakwa Waisbren tersekat antara aras pertama dengan tingkat bawah tanah manakala beberapa pengguna lain masih berada dalam kemudahan itu ketika ia terhempas.

Waisbren yang menghuni bangunan itu disahkan mati di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala pengguna lain berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Pegawai Pemeriksa Perubatan mengesahkan, lapor New York Post, bahawa Waisbren meninggal dunia akibat kecederaan daripada hentakan kuat pada bahagian leher dan badannya. Waisbren juga dipercayai mengalami asfiksia mekanikal iaitu kondisi kekurangan oksigen akibat pernafasan yang terhalang secara mekanikal.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita